Edisi : MidValley Megamall.
Kerana satu-satunya place of interest pada hari Sabtu / Ahad untuk watch movie.
Yalah masa tu diorang mana tahu lagi Pavilion tu apabenda.
Tanya The Gardens pun diorang ingat Taman Negara.
kehkeh.
Maka berduyun-duyunlah kanak-kanak pasum pergi membondong ke GSC MidValley.
Yang elaun masih ada naik taxi berjemaah.
Yang elaun masih ada tapi simpan, mak ayah kasik duit, naik taxi sengsorang.
Yang elaun ade sikit-sikit, naik rapidkl
Yang takde dah elaun, duk buat tutorial kat bilik. WAHAHAHAHAHA
Then tak habis-habis muka sama je kat Midvalley.
Yang beratur kat gsc pukul 1130 pagi, line pusing-pusing siap pusing balik lubang bulat kat tengah and panjang pusing lagi sampai Carls Jr tu pun muka sama ja.
Maka berlaku adegan hulur-menghulur untuk membeli tiket.
Disebabkan itu maka seluruh hall yang menayangkan cerita Transformers (read:yang pertama) itu juga dipenuhi kanak-kanak pasum juga.
Begitu juga dengan foodcourt.
Juga McDonalds.
ada sikit-sikit Kfc.
Bukan Starbucks dan Dome.
Dekat Carrefour pun manusia yang sama juga membeli ExamPad.
Dan tiada lain melainkan perempuan-perempuan dan perempuan di dalam badan lelaki yang bergosip mengenai dengan siapakah siapa keluar bersama.
-----------------------------------------------------------
Ada suatu hari, tahun ini, 2009.
Aku pergi ke GSC Midvalley nak tengok menatang hapa dah, tak ingat.
Ada dua kanak-kanak comel di hadapan, aku syak warga pasum.
kerana aku terdengar perbualan mereka yang sungguh pasum.
"ey, awak dah belajar dah bab Taylor series" kata si perempuan
"err. belum." kata si lelaki *sambil buat-buat tak nampak si perempuan yang pendek dan melihat ke arah skrin gsc
"ala, yang mcm maclaurin, awak ingat tak, yang ...................." si perempuan mula mengajar.
Aiseh..
nak katanya, panjang sangat beratur gsc midvalley pada hujung minggu sampai sempat belajar the whole pre-university mathematics.
kikiki.
Yealah, aku tengah cuba tak sarcastic lah ni. Sheeshh.